
|
Fatimah Az Zahra
Wednesday, December 28, 2011 @ 16:25 | 0 Comment [s]
'Fatimah Az Zahra' sebuah nama yang sangat agung. Az Zahra yang membawa makna bersinar, dan bercahaya. Fatimah Azzahra Binti Muhammad SAW, Dia adalah puteri yang mulia dari dua pihak, iaitu puteri pemimpin para makhluq, iaitu Rasulullah SAW, Abil Qasim, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hasyim. Dia juga digelari Al-Batuul, yaitu yang memusatkan perhatiannya pada ibadah atau tiada bandingnya dalam hal keutamaan, ilmu, akhlaq, adab, hasab dan nasab. Fatimah lebih muda dari Zainab, isteri Abil Ash bin Rabi’ dan Ruqayyah, isteri Utsman bin Affan. Juga dia lebih muda dari Ummu Kultsum. Dia adalah anak yang paling dicintai Nabi SAW sehingga beliau bersabda :”Fatimah adalah darah dagingku, apa yang menyusahkannya juga menyusahkan aku dan apa yang mengganggunya juga menggangguku.” [Ibnul Abdil Barr dalam "Al-Istii'aab"] Nama Az Zahra memang menjadi pilihan pertama saya . Insya Allah (:
|
MRS DIVA underlined, bold lOVE.SMILE.LAUGH
PLEASE CLICK BELOW!
Diary
About
Let's Talk!
|